loading...

Lelaki Rajin Mengemas Lebih Kerap Berasmara

loading...

loading...

WASHINGTON: Pasangan yang banyak melakukan kerja rumah dikatakan mempunyai hubungan yang lebih intim dan lebih banyak berasmara.

Malah, jika pasangan sibuk melakukan kerja rumah, berkemungkinan besar mereka lebih kerap berasmara, menurut satu kajian terbaru.

Dr Constance Gager, dari Universiti Montclair di Amerika Syarikat berkata: Kami menjangka jika suami menghabiskan lebih banyak masa melakukan kerja rumah, isteri mereka kurang letih dan lebih gemar untuk melakukan hubungan intim.

Apa yang mengejutkan dalam penemuan itu ialah bagi suami dan isteri, lebih masa melakukan kerja rumah dikaitkan dengan kekerapan hubungan seks meningkat.

Tinjauan ke atas 6,877 pasangan berkahwin mengenal pasti memasak, membasuh pinggan dan membasuh baju serta membayar bil, semuanya dikaitkan dengan hubungan intim.

Ia tidak kira berapa usia perkahwinan atau berapa lama mereka sudah berkahwin, penemuan itu adalah sama. – paapaada.blogspot
ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN ARTIKAL MENARIK DI BAWAH
loading...