loading...
loading...
Penganggur lacurkan isteri dengan bayaran RM50 untuk lelaki warga asingSUNGAI PETANI: Seorang suami dari sebuah taman perumahan di sini, tergamak memaksa isterinya menjadi pelacur dan melayan lelaki warga asing dengan hanya mengenakan bayaran serendah RM50.
“Wanita berusia 23 tahun itu dikatakan dibawa secara paksa oleh suaminya dari rumahnya ke sebuah rumah di Bandar Amanjaya sebelum dipaksa melayan seorang lelaki warga Bangladesh dengan bayaran RM50.
“Menurut mangsa, suaminya hanya menunggu di dalam kereta bersama seorang anak kecil mereka dan mangsa dikatakan terpaksa menurut arahan suaminya selepas diugut akan dipukul.
“Mangsa kemudiannya menceritakan perkara yang berlaku kepada mereka dan suaminya ditahan oleh pejabat agama, manakala lelaki warga asing itu melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Zukir berkata siasatan awal mendapati, mangsa dan suaminya berkahwin sejak 3 tahun lalu dan mempunyai 2 orang anak.
“Mangsa dipaksa melacur sejak awal Disember tahun lalu, selepas suaminya berhenti kerja,” katanya.
Beliau berkata lelaki itu yang kini direman selama 4 hari sehingga 10 Jan, selepas isteri mangsa membuat laporan polis.
Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 372(A)(1) Kanun Keseksaan.
loading...