loading...

Status Halal Bagi Coklat Daim Dan Toblerone Kena Tahu

loading...

loading...
Status Halal Bagi Coklat Daim Dan Toblerone Kena Tahu

Nampaknya di media sosial ketika ini kecoh dan hangat diperkatakan berkenaan Status Halal Bagi Coklat Daim Dan Toblerone.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan status halal bagi coklat Daim dan Toblerone.



Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal dalam satu kenyataan hari ini berkata, coklat Daim dan juga Toblerone bukanlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim. Justeru, pengguna perlu berhati-hati ketika membeli apa jua produk makanan dan seharusnya memastikan terlebih dahulu status halalnya.

“Jadi, sebagai pengguna perlulah bijak membeli produk yang mempunyai logo halal Malaysia atau logo halal luar negara yg diiktiraf oleh Jakim.

“Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta badan pensijilan/logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim boleh layari www.halal.gov.my,” katanya.

Tambahnya, bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral boleh layari laman Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim.

17 Disember lalu, Jakim memperjelaskan coklat jenama Kit Kat keluaran Nestle yang didakwa mengandungi alkohol memang wujud dan terdapat di pasaran, namun bukan di pasaran dan dikilangkan di Malaysia sepertimana yang diviralkan di media sosial.

Jakim tidak akan mengeluarkan pengesahan halal untuk produk yang jelas menggunakan alkohol.

“Perlu ditegaskan di sini bahawa produk jenama Nestle yang dikilangkan di Malaysia mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah,” katanya.

sumber asal : Sinar
ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN ARTIKAL MENARIK DI BAWAH
loading...