loading...

Wanita Pakai Satu SeluarDalam Sehari Berisiko Jangkitan Kuman Atau Bakteria Di Kemaluan

loading...

loading...
Wanita Pakai Satu SeluarDalam Sehari Berisiko Jangkitan Kuman Atau Bakteria Di Kemaluan

Fungsi seluar dalam yang bersih bagi wanita bukan sekadar merangsang nafsu suami, malah melindungi dan menutupi vagina daripada gangguan berasal dari luar tubuh.



Mengenakan seluar dalam meskipun yang tidak bercorak seksi secara automatik dapat menimbulkan perasaan nyaman di celah kelangkang tubuh, terutama jika bahan material kainnya itu diperbuat daripada kapas.

Bagaimanapun disebabkan pemakaiannya berada di tempat tubuh dan ditutupi oleh sejumlah lapisan pakaian luar lainnya, maka seluar dalam pun mudah lembab sehingga menjadi tempat tinggal bagi kuman atau bakteria.

Justeru golongan wanita disarankan untuk kerap menggantikan seluar dalam mereka setidak-tidaknya dua kali dalam tempoh satu hari, terutama jika penduduk yang menetap di kawasan iklim tropika seperti Malaysia.

Perkara itu disarankan Prof. Madya J. Scott Kasteler, seorang pensyarah klinikal perubatan di Universiti Louisville, Amerika Syarikat yang mendedahkan tiga risiko berat apabila wanita malas ganti celana dalam. 

Berikut sebabnya:

1. Kulit vagina dan sekitarnya gatal: Bakteria yang sudah lama berkumpul pada kain di seluar dalam bakal terpapar jelas pada kulit kawasan faraj dan sekitarnya yang memang sangat sensitif kepada wanita.

Jika keadaan sebegini berterusan lebih panjang, maka akan terjadi kerengsaan sama ada bengkak, gatal atau pedih malahan tidak menutup kemungkinan bahawa kulit pun boleh menjadi luka dengan teruk.

2. Ruam kulit: Si pemakai yang jarang menyalin seluar dalam didapati sering menggaru kulit di bahagian vagina sekali gus bakal menciptakan luka teruk sehingga dapat meninggalkan kesan ruam.

Situasi bakal semakin parah sekiranya wanita itu tidak pernah mengganti seluar dalam sebab malas atau faktor kemiskinan, bakteria dan kuman terus berkumpul di situ sehingga membuatkan ruam kulit semakin parah.

3. Faraj beraroma bau busuk: Bakteri dan kulat yang sudah pekat berkumpul di kulit kawasan vagina akhirnya menciptakan aroma tajam yang tidak sedap waima cuba disorok dengan minyak wangi.

Aroma bau tengik tersebut bakal semakin parah apabila si pemakai itu pula juga mengalami masalah keputihan pada faraj. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN ARTIKAL MENARIK DI BAWAH
loading...